Rabu, 27 April 2011

kEmBaLi LagI....!!

>>sold out<<

Novel : Maafkanku Sayang
Harga Asal : RM 19.00
Harga Jual : RM 12.00

Sinopsis:

Sebuah novel yang pastinya tidak akan mengecewakan anda.  Lucu, sedih, saspen, marah... itulah yang akan anda rasakan sepanjang menghayati novel yang sarat dengan konflik ini.

Tanjung Resang, Mersing telah menjadi tempat pilihannya untuk membawa hati yang terluka.  Dia meninggalkan pekerjaan, kemewahan dan segala-galanya.  Biarpun di bumi Mersing nan permai ini dia serba-serbi kekurangan, namun hatinya bahagia, jiwanya damai.  Bagaikan tidak mahu lagi dia berpisah dengan pantai yang indah, yang sering kali membuatkan perasaan lelakinya tercabar.

Di tempat itulah Iskandar Helmi menumpang kasih dan sayang.  Di tempat itu juga dia bertemu Sarah Nadia yang membuatkan dia terlupa pada memori semalam.  Biarlah semuanya berlalu dalam lipatan sejarah.

Namun, tidak semudah itu untuk miliki bahagia.  Terlalu banyak onak dan duri yang sentiasa sahaja menjadi penghalang.

Mungkin dalam kemelutan yang dilalui,  Jeffri lebih berhak kepada hati dan perasaan Sarah Nadia, gadis kampung yang berhati mulia, yang pernah juga suatu ketika terlalu mengharapkan cinta yang akhirnya telah membuat dirinya kecewa.  Cinta yang tidak diberi penilaian yang saksama!
“Takkan ku berhenti mencintaimu  seperti mana jarum jam ini yang tidak pernah berhenti mengejar masa” kata-kata yang terngiang-ngiang di telinganya, yang terus merobekkan hati
“Maafkan  ku sayang”  Bisik hatinya di angin lalu.
Novel : Janji Kekasih
Harga Asal : RM 23.90
Harga Jual : RM 15.00

Sinopsis :

Percintaan antara Hadi dan Maya terhalang akibat perbezaan taraf dan darjat. Demi memisahkan mereka, ayah Maya, Datuk Wahi dan ibunya Datin Maisarah bertindak menghantar Hadi melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Bagaimanapun, Maya dipaksa berkahwin dengan Dr. Dahmin. Lantaran menyangkakan Maya curang terhadapnya, Hadi berpura-pura berkasih dengan Linda. Perkahwinan antara Maya dan Dr. Fahmin pula zahirnya sempurna sebaliknya Maya memendam rasa lantaran kegagalan Dr. Fahmin melaksanakan tanggungjawab sebagai suami.

Maya yang masih menyintai Hadi kembali menjalin hubungan dengan Hadi setelah Hadi kembali ke tanah air. Dibayangi oleh rasa dendam dan kasih yang masih menebal, Hadi dan Maya akhirnya terlanjur. Antara ego dan maruah Dr. Fahmin terpaksa berdiam diri walaupun mengetahui Maya berlaku curang. Namun sejauh manakah Dr. Fahmin dapat mempertahankan keegoannya meskipun tercalar maruahnya. Terbalaskah dendam Hadi terhadap keluarga Maya setelah dia membuntingkan Maya?

Novel : Titipkan Aku Bahagia
Harga Asal : RM 28.90
Harga Jual : RM 20.00

Sinopsis :

'Senyuman ini untuk siapa? Duka itu milik siapa? Aku tidak pernah mahu tahu kerana hati ini sudah lama tidak punya rasa...'
Hidup Syakila pernah ditabiri warna kusam. Amat kontras warna-warna kehidupan yang pernah diloreknya. Namun bayangan silam kerap mengitari dan memerangkap. Nama lelaki telah dipadamkan dari mata hatinya, namun mengapa lelaki juga yang kerap mengejarnya? Dia telah berlari menjauhi lelaki. Dia ingin mencipta bahagianya sendiri bersama teman-teman, namun mengapa sering kali gagal? Kerana lelaki, dia dibenci dan didendami oleh sahabatnya sendiri...

Novel : Gelora Jiwa
Harga Asal : RM 17.00
Harga Jual : RM 10.00

Sinopsis :


Kisah bagaimana seorang gadis yang sudah bertunang tetapi jatuh cinta dengan abang tunangnya. Bermacam-macam-macam konflik yang timbul, benar-benar membuatkan kita ingin mengetahui kisah selanjutnya.

Novel : Atas Nama Kasih
Harga Asal : RM 23.90
Harga Jual : RM 15.00


Sinopsis :

Nur Kasih, ini adalah buah hatiku. Yang selama ini memberiku kekuatan untuk menghadapi hari-hari depan yang lebih gemilang. Memberikanky nyawa - tragedi hitam sering-seringnya bertebaran dan bersipongan di setiap penjuru kenangan. Melumpuhkan impian dan cita-cita. Bersama duka dan air mata. Nur Kasih ini adalah waris tunggal yang perlu dipertahankan. Dan si kecil itu, Suria melampias resah yang meruntun segenap keinginan yang telah sekian lama Suria lupakan.

Nur Kasih idamkan kehadiran seorang lelaki bergelar bapa. Lalu diceruk mana Suria harus mencari lelaki impian Nur Kasih itu? Lelaki mana yang sudi beristerikan gadis beranak satu sepertinya? Berkecil hati Nur Kasih, kecil lagi hati seorang Suria bila mana lelaki impian bakal tunangan orang. Lalu Suria membiarkan jodohnya ditentukan Nur Kasih. Kerana Suria percaya ... seorang bapa yang baik, adalah suami yang terbaik untuk dirinya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan