Ahad, 20 Mac 2011

Novel 2nd Hand - Cepat - cEpaT edISi TeRhaD



Novel : Kasih Yang Tercalar - Norhayati Berahim
Harga Asal : RM 21.00
Harga Jual : RM15.00

Sinopsis:

Lelaki itu hampir hilang segalannya,keluarga,maruah dan pertimbangan diri....Puncanya....dia sendiri tidak pernah mengetahui.....






Novel: Cintamu Dihati - Aida Adriani
Harga Asal : RM16.00
Harga Jual :RM 11.00

Sinopsis:

Kata orang... kita boleh jatuh cinta dalam sekelip mata tetapi untuk melupakannya hampir sepanjang hayat. Sememangnya cinta pertama terlalu sukar dilupakan. Meskipun tidak berakhir dengan satu ikatan suci, namun kenangan itu tetap utuh di hati, terpahat teguh di sanubari.

Seri terperangkap antara dua perasaan, cinta suci seorang lelaki dan cinta sejati kekasih lama. Keteguhan hatinya terduga apabila Zulfy semakin dekat padanya. Setiap waktu bersama zulfy meletakkannya dalam kemelut perasaan. Kenangan cinta pertama mereka kembali membura hingga mengundang cemburu Azlan. Dalam melawan arus asmara terlarang, kesetiaan Seri terus terusan diragui.

Takdir ALLAH tiada siapa dapat menghalang, ujian datang tiada siapa dapat menduga. Seri terus tabah menghadapi segala rintangan dalam mencari bahagia yang hilang. Jalan yang dilalui tetap berliku. Bahagia yang dicari ibarat fatamorgana. Ada waktunya dia hampir mengaku kalah dengan takdir. Ada saatnya dia hampir tersungkur dalam mencari sejalur sinar.

Hari berlalu... dan dalam pencarian itu, hatinya sering berkata, milik siapakah cinta ini? Masihkah ada cinta kedua buatnya?


  
Novel :Kasanova - Meor Shariman
Harga Asal : RM 29.90
Harga Jual : RM 22.00

Sinopsis :

Eddie, jejaka kacak dan bergaya, sering menggunakan kemewahannya serta pekerjaan sambilan sbg model utk mendekati gadis2 jelita. Sejarah hidup serta kepahitan cinta menjadikannya seorang yg gemar mempermainkan wanita dan rozana menjadi mangsa terbarunya. Akibatnya Rozana yg telah diragut maruah diri, menyimpan dendam.

Kehadiran Zuraida, gadis cantik dan berbudi pekerti tinggi, merubah hidup Eddie. Keikhlasan hati Zuraida menambat hati Eddie. Zuraida pula jatuh cinta kali pertama dgn Eddie.

Namun kemunculan Rozana, yg ingin melihat Eddie merana, telah berjaya memusnahkan perhubungan Eddie dan Zuraida. Dapatkah Eddie menggunakan segala kepakarannya sebagai seorang Kasanova utk memikat gadis idamannya semula?



Gerimis Dihati - Rafizah Nordin
Harga Asal : Rm 29.90
Harga Jual : RM 19.00

Sinopsis:

Jika diberi pilihan, dia juga tidak ingin menjadi perempuan joget. Melayan lelaki-lelaki mata keranjang, jatuh dari satu pelukan ke satu pelukan, khayal dengan pesta dunia yang menjelikkan. Jika diberi pilihan, dia juga tidak ingin hanyut dibawa arus dunia yang tiada tepinya. Leka menghitung dosa tanpa memikirkan pahala yang akan dibawa pulang. Sedang dia sedar, kematian tidak pernah menjanjikan syurga buat insan-insan yang leka sepertinya. Lalu pada siapa harus dilemparkan kesilLApan? Kepincangan yang diwarisi atau pada perjalanan hidup yang memang diaturkan? Namun di sudut hati kecilnya masih ada suara-suara jernih yang sering berdoa, yang sering menyedarkan agar dia kembali menuju ke jalan yang diredai. Kerana di sana, pintu syurga terbuka luas untuknya. Dan sinar keinsafan pun perlahan-lahan menyinari sebuah perjalanan yang bAru bermula…


Novel : Impian Kasih - Liza Zahira
Harga Asal : RM14.00 
Harga Jual : RM 10.00

Sinopsis:

SAKITNYA... bila cinta dikhianati. Justeru itu, Hazita melontarkan keinginannya jauh-jauh setelah cinta pertamanya dipersia. Dia tega memaksa hati menjadi sekeras kerikil. Baginya, lelaki usah dipercayai. Lantas... lamaran kasih daripada Hairie, lelaki kedua dipandang sepi.

Mulut menidakkan sedang hatinya enggan berdusta. Ternyata, Hazita gagal menepis kehendak rasa. Dia akhirnya terdampar dalam cinta seorang lelaki bernama Amer. Mimpi mereka bersatu dalam melafaz janji setia.

Ketika asyik menyulam rindu, muncul e-mel misteri dari Korea. Joo Eun, wanita mualaf mengaku Amer suaminya. Sejak bertahun, lelaki itu pergi tanpa khabar berita. Adakalanya Joo Eun pasrah. Namun, winter sonata yang pernah mereka lalui bersama, menyebabkan dia tidak pernah berhenti mengharap. Kepulangan seorang suami sentiasa didoa menjadi kenyataan, sebelum nafasnya terhenti.

Hazita terkedu! Sanggupkah dia menghancurkan kesetiaan wanita itu? Ah, dia nekad, Amer mesti kembali pada yang berhak!

Dalam merawat duka, Hairie datang menghulur salam. Janji kasih yang pernah dilafazkan hanya untuk sang ratu hatinya. Akhirnya Hazita akur, cinta itu sebagai rahmat dan nikmat. Dalam pahit bak hempedu, manisnya tetap dirasa.....


>>sold out<<
Masih Ada Rindu- Mimie Afinie
Harga Asal;RM 17.00
Harga Jual: RM 10.00


Sinopsis:

Masih terasa manisnya detik bulan madu pabila secara tiba-tiba Hakim pergi meninggalkannya. Pergi begitu sahaja, tanpa pamitan tanpa sebarang pesan. Lalu kepada siapa lagi harus dia bergantung harap? Kepada siapa lagi harus dia mengadu nasib? Apakah sepanjang usia dia harus mengendong duka ini?
Syafika sedar, air mata bukan penyelesai masalah. Tangisan juga tidak mampu merungkai segala kekusutan. Ada kala dia tidak setabah itu untuk menghadapinya berseorangan. Ada ketika dia tewas jua.
Tatkala hati masih dibalut lara, muncul insan lain yang sudi menjadi pengganti. Namun, cintanya terhadap Hakim terlalu mendalam dan tidak mungkin padam. Rindunya masih ada dan tetap menyala. Tapi dia sedar... perjalanannya masih terlalu jauh. Dia tidak harus karam dalam badai kerinduan ini. Dia tidak harus hanyut dalam arus cinta yang bukan miliknya lagi. Akhirnya, dia nekad untuk menerima.
Sayangnya, di saat kelukaan hampir pulih dan hati mula belajar untuk menyayangi, hatinya dilukai. Kecewa dengan apa yang terjadi, dia nekad melarikan diri. Dalam pelarian itu dia mula merasakan sesuatu. Dalam benci, kiranya masih ada rindu buat si dia.
Dan tanpa disedari... bibit-bibit cinta mula bersemi di hatinya.


Novel : Jangan Ada Dusta - Sri Diah
Harga Asal : RM19.90
Harga Jual : RM 15.00

Sinopsis:

Sharifah Ezreen menyintai Adi Putera, tetapi lelaki itu tidak boleh digantungkan harapan untuk dijadikan suami. Wajarkah dia mengendong dosa semata-mata hendak menjadikan cinta itu suatu realiti? Rasa cinta yang subur itu mesti dimatikan tiba-tiba. Segala denyut kasih dan sayang itu mesti dibunuh segera. Mesti!

Melissa Laila pula menyintai abang tirinya sendiri, Adi Fitri. Tetapi di masa yang sama dia juga menyintai Budi Djauhari. Bagi Budi Djauhari pula, di mana akan dia letakkan perasaan cinta Lydia Susanti Hartomo terhadapnya? Mestikah dia menjadi petualang dalam episod cinta tiga segi itu?

Datin Saerah yang dulunya `si kucing Parsi’ sudah bertahun-tahun menjadi wanita yang sedar diri, tahu maruah, tahu dosa dan pahala. Namun dugaan yang datang dalam hidupnya bagaikan tidak mahu surut. Narimah adalah duri yang mencucuk-cucuk dagingnya. Dia tidak mahu kalah! Dan Datuk Syed Syamim masih lagi mampu tersenyum!



Hanya Kerana Cinta - Norhayati Berahim
Harga Asal : RM22.90
Harga Jual : RM17.00

Sinopsis :

Kesuma ingin disayangi dan dimanjai oleh lelaki itu. Didakap dalam kasih sayang yang sarat. Dicintai dalam simpulan kasih yang erat. Bersatu dalam paduan cinta. Hanya kerana lelaki itu... hanya kerana dia... lelaki yang berjaya mengetuk pintu hati lalu menghuni kamar asmaranya. Dia yang telah mengukir kata cinta di layar impian. Hanya kerana dia... Kesuma nekad dengan keputusannya. Membawa diri... Kesuma menjejak kekasih yang telah kembali ke bumi asal bersama pencarian dan persoalan yang telah selesai. Lalu di sanalah cintanya diarak pulang untuk disandingkan di singgahsana bahagia. Dan air mawar pun direnjis
mengiringi sebuah perjalanan yang baru bermula...






Novel : Badai Dihati -Fazie Hanna
Harga Asal : RM17.00 
Harga Jual : RM 12.00


 Sinopsis:

Natilly... seindah nama yang bisa melenakan lelaki. Namun, perjalanan hidupnya tidak seindah yang diimpikan. Jiwanya teruji dengan pelbagai dugaan. Walau sakit, walau perit, namun hidup mesti diteruskan selagi belum tiba detik azali. Dia nekad, dia mesti bangun menongkah badai kehidupan. Dia tidak mahu menjadi insan lemah yang mudah menyerah kalah. Nasrul, lelaki yang cukup segalanya. Pengasih dan penyayang. Tetapi lelaki itu karam dalam mengejar kemewahan. Walau tujuannya ingin membahagiakan Natilly, namun sayang... jalan yang dipilih tidak menghalalkan niat. Sebagai lelaki, dia terhebat. Tetapi sebagai insan, dia menjadi manusia sesat. Dan kerana lelaki inilah, Natilly nekad. Tidak rela dia membiarkan dirinya diperkotak-katikkan lagi. Tidak tegar dia memaut hidup dengan hanya bergalangkan cinta dan kepercayaan. Dia pernah merana kerana itu. Dia pernah terseksa kerana itu. Tetapi tidak untuk kedua kali. Dia mesti menghapuskan setiap titis air mata duka yang selama ini melemaskan sisa-sisa semangatnya. Sesungguhnya, segala kenangan pahit itu cukup menguji hatinya. Dia mesti mengubah paragdima hidup dengan berpaksikan pengalaman pahit semalam. Dan dia ingin membuktikan... selembut jiwa wanitanya juga mampu teguh kembali meskipun pernah derita dihempas gelombang dunia.



>>sold out<<
Novel : Pesanan Terakhir Seorang Lelaki - Norhayati Berahim
Harga Asal : RM 20.90
Harga Jual: RM15.00


Sinopsis:

Dia selesa hidup di dalam kesederhanaan. Kemewahan padanya sering melalaikan. Punca ayahnya lupa diri, lupa tanggungjawab dan lupa pada mamanya yang setia. Mama yang sebelum ini menjadi tulang belakang kpd empayar yang dibina. Tercabar dan sakit hati jua hanya membuang masa. dia memiliki prinsip diri yang harus dipertahankan dan dihormati. Lalu kedudukan itu bukan ukurannya

Kudampa Bahagia - Dhiya Zafira
Harga Asal :RM18.00
Harga Jual:RM 14.00


Sinopsis:

Dia begitu dambakan bahagia. Setiap saat dan detik yang berlaku dalam
hidupnya adalah satu perjalanan yang penuh makna. dia melihat
kehidupan ini dengan penuh warna-warna indah dan keceriaan. Namun,
kejadian yang menimpa benar-benar mengujinya.

Alia tidak pernah tahu apa itu cinta. Pertama kali bertentangan dengan
Adnan Taufik, dia rasa gundah. Apa yang ada pada lelaki itu hingga
mengganggu lenanya? Apakah benar wujudnya cinta pandang pertama? Dia
sendiri meraguinya. Namun, dia terpaksa terima kenyataan. Cintanya
berputik saat senyuman indah itu terukir buatnya.

Adnan Taufik tidak menyangka, mencintai alia akan mengheretnya ke
lembah penderitaan. Entah mengapa, cinta yang lahir dari kesucian dan
keikhlasan hati akhirnya terkubur juga. Sesungguhnya, cinta mereka
tidak kuat untuk menahan gelombang yang melanda.

Bagi Alia, dia tidak mengerti mengapa tiba-tiba Adnan Taufik pergi
dari sisinya. Sedangkan ketika itu dirinya dibaluti bahagia. Salah
faham yang berlaku menyebabkan mereka menyimpan dendam yang bukan sedikit.


Novel : Biarkan Aku Sendiri - Siti Rozilah 
Harga Asal: RM39.90
Harga Jual: RM 34.00


Sinopsis: 


Teman, antara kita tidak ada apa lagi yang tinggal. Kalau ada pun hanyalah memori luka yang merobek perasaan. Itu pun telah aku gadaikan bersama nilai sebuah persahabatan kita yang lalu. Saat kau akui keterlanjuranmu bersama kekasihku. Saat kau mohon keikhlasanku agar melepaskan Haris kepadamu.


Novel : Lelaki Terakhir - Sabariah Araur 
Harga Asal: RM27.90   
Harga Jual :RM20.00


Sinopsis:

Aku percaya suatu hari nanti ada bahagia yang menanti di hujung jalan.  Kerana aku yakin, ada hikmah yang diciptakan di dalam sebuah perkahwinan.  Walau aku tidak pernah tahu apakah hikmah di sebalik perkawinan kita ini.  Kerana bahagia yang aku cari bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk mereka yang lebih mengerti.  Lalu aku butakan mata dan pekakkan telinga... derita dihati simpan sendiri.  Anggap saja hidup ini hanya satu pentas sandiwara Jadi, kenapa perlu terus bersedih? Kenapa perlu terus menangis tatkala melihat suami bermain kasih?  Sabar... anak terbuang sepertiku harus sedar diri.  Jangan tamak dengan apa yang telah diberi.  Walau sebenarnya aku tidak ingin kecundang sekali lagi... aku ingin bahagia seperti mereka.  Namun sampai bila aku harus dilukai begini... keraa perasaan tidak pernah ada alasan untuk terus merelakan...


Novel 2nd Hand ~~Sape cEpAt Dia DapaT~~( * - * )



Judul : Sedetik Cinta- Kreisya Reisya
Harga Asal : RM14.00
Harga Jual : RM10.00

Sinopsis:
Benarkah cinta pertama tidak semestinya bersatu? Sophie reda menerima keputusan Keyrill. Demi prinsip dan agama mereka harus berpisah. Namun bayangan lelaki itu sering menganggunya. bertahun2 memujuk hati yg lara.
.
Masa berlalu, hati Sophie berputi semula pada pengurusnya, Hj Akimi yg berkarisma. Namun sanggupkah dia menjadi org kedua? Dia tidak sanggup menjadi galang ganti sbg penyambung zuriat seorg lelaki. Sophie tegar. Kisah ini harus dinoktahkan.
.
Saat luka mula sembuh, tanpa diduga lelaki itu muncul kembali....Sophie percaya hidup ini ibarat gula2, namun dia tidak pernah berhenti berharap...dia percaya suatu hari nanti dia mampu membina bahagia bersama seorg lelaki yg entah dimana,....




Tajuk : Nyanyian Tanjung Sepi
Harga Asal : RM 29.90
Harga Jual : RM 25.00
Sinopsis:
Dan sepi itu terus menghambat aku kemana-mana sehingga menjadikan aku resah gelisah tiada jalan pulang. Aduhai , masa yang indah itu sudah pergi semuanya...sehingga tidak ada apa-apa lagi yang tersisa untukku di sini.Aku seperti camar yang patah sayap.Aku bagaikan biduk tanpa perhentian. Aku umpama permaisuri tanpa kerajaan.



Andainya Kutahu-Puteri Andalas
Harga Asal : RM 19.90
Harga Jual : RM 15.00

Sinopsis:
Ibunya murtad!
Sali Aida malu lantas menidakkan kehadiran wanita yang melahirkannya ke dunia. Padanya kasih nenek adalah segala-galanya namun bukan untuk selama-lamanya. Kedewasaan menyedarkan dia ada ruang kosong dalam hidupnya. Sunny muncul ditengah-tengah kekosongan itu. Kehadiran Sunny untuk menyatukan dia dan ibu menyingkap nostalgia manis masa lalu. Tanpa diduga kehadiran Sunny menyemai cinta melakar rindu. Lain misi lain pula yang terjadi. Mereka hanyut membina impian yang tidak kesampaian terdampar kelemasan dilambung ombak cinta yang nyata berkesempadan....
"Ya Allah tabahkanlah hati hambaMu ini. Jauhkan aku dari kesesatan. Dorongkan aku hambaMu yang lemah ini ke jalan yang Kau redhai." Semoga Sunny juga tabah menerima perpisahan yang menyakitkan ini....

Seandainya kutahu kau memang milikku...
Seandainya kutahu begitu luhur hati ibu...
Taklah seberat ini beban penderitaan yang ku galas dibahu...

Judul : Atas Nama Cinta- Lily Suriani
Harga Asal : RM18.00
Harga Jual : RM 12.00

Sinopsis:

Sukarnya Firas menakluki hati dan cinta Ardini. pelbagai cara dilakukan agar gadis pujaannya menjadi miliknya. Ijab kabul bukti bahawa cinta mereka bukan haya dibibir. Gelora ombak dan taufan telah mengharamkan bahtera cinta mereka ketika disinari cahaya bahagia. Namun mengapa ada insan yg mencemburui keindahann cinta mereka? mengapa perlu ada duri2 yg menghalang mereka ke puncak kasih hingga hati mereka tercalar luka?

Judul : Seharum Kasih - Aina Emir
Harga Asal : RM17.00
Harga Jual : RM 12.00

Sinopsis :

ANEHNYA cinta, bila dua hati saling merindu pada bait kata-kata. Tanpa kenal wajah, tanpa dengar suara, Reeza dan Rasya saling bertingkah rasa. Bagi Reeza, hubungan ini harus dimaknakan segera. Namun, Rasya sering berdalih menyembunyikan resah. Mengapa sukar untuknya melafazkan cinta? Sedangkan bahagia sudah di depan mata?

Sayang sekali... gosip dan fitnah melontarkan jauh cinta mereka. Rasya pergi dengan prasangka. Dia bertindak menerima kasih Fahmi untuk membalas sakit hati. Namun, akhirnya Fahmi melepaskan Rasya yang masih suci. Tetapi Rasya malu untuk kembali kepada lelaki sejujur Reeza. Dia sengaja menghilangkan diri agar jejaknya tidak dicari. Tetapi dunia yang luas ini tidak mampu memisahkan mereka.

Pertemuan yang tidak diduga merapatkan kembali sisa cinta yang hampir padam. Tapi redhakah dia melukakan hati Hilda, tunangan Reeza? Kali ini Rasya tekad! Cinta Reeza harus direbut dan dimiliki!




  
Judul : Hati Yang Terluka- Rafizah Nordin
Harga Sebenar : RM31.90
Harga Jualan : RM25.00

Sinopsis :

Puas dibelek, puas diselidik, apalah kesalahan diri yang menjadi punca retaknya cinta? Apakah kerana kasih tidak terbela... cinta perlahan-lahan berubah rasa... tawar, hambar, lalu manisnya madu, mengapa berlalu menjadi hempedu. Dipujuk hati agar menjadi wanita setabah Rabiatul Adawiyah. Dikuatkan semangat setenang Sumaiyyah. Benih yang tertanam ini bukti cinta kasih kita berdua... ada rasa sayang yang berputik di dalamnya, bercambah... membesar tanpa rasa sabar hati ibu melihatmu lahir ke duania. Walau hadirmu tanpa perhatian ayah - kerana ayahmu leka bermain cinta... bermain asmara... tega membiarkan ibu lara, namun percayalah... ibu akan pastikan kita tidak akan terpisah. Dan kau anakku... kan tetap punya ayah...