Isnin, 13 Jun 2011

NoVeL sEterusNya...


Novel : Mencari Cinta
Harga Asal : RM 15.00
Harga Jual : RM 10.00

Sinopsis:
Bayangan kenangan manis zaman sekolah bersama Ilham, menjadikan Annessa seorang perindu. Dia setia menantikan lelaki itu. Namun lain yang diharap, lain pula yang datang. Faris tiba-tiba muncul melamarnya. Annessa menggantung kata; tidak menolak atau menerima.
Ilham kembali dari Jepun dengan status 'suami orang'. Annessa kecewa kerana penantiannya sia-sia. Lukanya bertambah parah bila diketahui, Sofia isteri Ilham adalah sahabatnya sendiri. Dia segera berundur dan berpaling pada Faris sebagai penyelamat.

Namun, setiap saat hatinya meronta. 'Jasadku di sini bersama Faris, tetapi jiwaku merantau jauh mengejar bayang Ilham'. Annessa yang tabah jadi sasar. Sekeping kad ucapan; 'Hidup Baik-baik' kiriman Ilham menimbulkan penyesalan. Jika mereka berterus terang tentang perasaan, pasti semua ini tidak akan terjadi!
Cinta itu duri. Cinta itu duka. Sofia terkorban dalam kemalangan. Ilham datang kembali merayu kasihnya. Tapi wajarkah cinta dijadikan alasan untuk bersikap keji? Itulah yang telah dilakukan oleh Annessa. 'Takkan saya langsung tak bernilai pada awak?' Air mata Faris menitis.

Bagi Annessa, soal cinta bukan sekadar hitam atau putih! Tidak juga betul atau salah! Cinta adalah sesuatu yang sukar dikawal. Ilham suatu mimpi dan Faris pula suatu realiti. Tapi mimpi itu juga yang dikejarnya. Dia mahu merebut cinta Ilham yang tidak pernah dimilikinya selama ini.


Novel : Belaian Jiwa
Harga Asal : RM 19.90
Harga Jual : RM 15.00

Sinopsis:
Percintaan dengan Syed Danial Hafizi amat ditentang oleh Tengku Amnah. Terkapai-kapai Alisya cuba merungkaikan suatu kejujuran.
Dalam masa yang sama, Zahri datang kembali cuba meraih cinta yang sudah sekian lama terputus sedangkan Alisya sudah menjadi isteri orang secara senyap. Namun, dia hanya menganggap Zahri sebagai abang dan tidak lebih dari itu.
Adim pula muncul secara diam. Sikap ambil beratnya terhadap Alisya benar-benar membuatkan dirinya rasa bersalah. Dia tidak boleh menerima kehadiran lelaki itu.
Mengapakah Tengku Amnah menentang Syed Danial Hafizi daripada terus berhubung dengan Alisya. Mengapakah Zahri ingin kembali kepada Alisya? Dan adakah Adim dapat diterima oleh Alisya?


  
Novel : Menyulam Derita
Harga Asal : RM 16.00
Harga Jual : RM 10.00

Sinopsis:
Sedang Zarina asyik melayan perasaannya kedengaran sebuah lagu nasyid dari corong hi-finya. Seni katanya begitu menusuk rasanya dan dia cuba menghayati setiap seni kata yang terkandung di dalamnya.Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian
Melainkankan yang beriman dan beramal soleh
Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita tak kan menyesal
Masa usia kita jangan persiakan
Kerana ia tak kan kembali
Ingat lima perkara
Sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
Demi masa sesunggunya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan beramal soleh.

…….petikan dari Novel : “Menyulam Derita”, karya Ayu Azura Mohamad



 Novel : Mahligai Cinta
Harga Asal : RM 19.90
Harga Jual : RM 15.00

Sinopsis:
Acap kali, terasa ingin selalu dibelai manja, tetapi tiada sesiapa di sisi. Teringin jua untuk disayangi tetapi kepada siapa harus dicurah rasa sayang? Sesekali terasa pula ingin dimiliki, namun diri ini milik siapa sebenarnya?

Tidak kiralah anak dara, tunangan, isteri, suami, janda malah duda sekalipun berhak memiliki anugerah paling agung-CINTA. Namun bisakah anda berhadapan dengan gelora cinta?

IRwan lelaki, aku perempuan. Tidak manis jika kami berhubungan dengan kerap. Antara kami ada batasnya. Dan melanggar batas agamalah yang paling ku khuatiri.

Lumrah percintaan; ada cerita duka, ada cerita ceria, semuanya saling menyinggah. Kuatkah kita menghadapi dugaan? Betulkah kita tidak goyah andai prasangka dan cemburu datang menerpa?

Ada kala, hati tertanya-tanya... benarkah lelaki yang jujur, gandingannya ialah wanita yang jujur? Wanita yang setia pula, apakah akan digandingkan dengan lelaki yang setia?

Hari ini aku mahu menjadi seorang lelaki. Aku malu menjadi insan yang gagah fizikal tapitewas dek nafsu. Nafsu ini hanya satu tapi yang satu itulah yang telah menguasai aku!

MAHLIGAI CINTA... memuatkan momen-momen cinta yang bahagia, sengsara, suka dan duka. Antara kejujuran dan kepura-puraan, antara keikhlasan dan pendustaan. Ada cinta yang terhalang... ada rindu yang tercicir.




Novel : Dendam Yang Terlerai
Harga Asal : RM 25.90
Harga Jual : RM 20.00
Sinopsis:
Rasa dendam yang bertali arus ini dapatkah aku empang alirannya? Mampukah kusekat daripada terus mengalir? Hatiku tidak kuat… semangatku goyah lalu patah hanyut dibawa arus tidak berperasaan. Entah di mana terdamparnya.

Novel : Tak Seindah Impian- Haizal
Harga Asal : RM 17.90
Harga Jual : RM 12.00

Sinopsis:
Tinggallah sahabatku...Junjungan kalbu...Moga-moga roh-rohmu saling bertamu.Nurul Atikah dikurniakan kecantikan, kebijaksanaan, kasih sayang keluarga dan rakan-rakan serta masyarakat sekitarnya.  Namun segala kuniaan-Nya itu punah kerana cinta.  Nurul Atikah terleka dengan cinta Ismail sehingga dia lupa pada keluarga dan pelajarannya.  Akhirnya dia diperkosa oleh kekasihnya sehingga dia mengandung.  Keengganannya menerima Ismail sebagai suami menyebabkan Ismail melacur dan menderanya secara seksual.  Nasib menyebelahinya apabila dia diselamatkan oleh sahabat baik Ismail.

Dia menukarkan namanya kepada Siti Norlida agar tidak dapat dikesan oleh Ismail.  Dia bekerja sebagai GRO untuk membesarkan anaknya, Nurul Huda.  Pertemuan dengan Rohaimi telah memberi sinar baru dalam hidupnya.  Rohaimi mengambilnya sebagai isteri walaupun mengetahui kisah silamnya.  Namun kebahagiannya hanyalah sementara.  Dia di fitnah oleh ibu mertuanya sendiri dan Rohaimi menceraikannya. 

Dia pulang kekampung dan secara kebetulan bertemu dengan Micky, kenalan sejak zaman remajanya.  Micky melamarnya dan dia menerimanya. 

Rohaimi muncul semula dan menagih cintanya.  Dia keliru antara cinta Rohaimi dan kasih Micky.  Sanggupkah dia menggadai kasih suaminya demi meraih cinta kekasih hatinya?  Pasrahkah dia mengharungi pelbagai liku dan dugaan hidup mendatang yang perit. 



Novel : 5 Tahun 5 Bulan
Harga Asal : RM 20.00
Harga Jual : RM 15.00
Sinopsis:
Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu...

Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje.
Masin sangat la ni. Lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.
Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?
Bancuh Along kopi. Kurang gula. Tapi campur sikit honey.

Namun inilah permulaannya dia belajar menajdi seorang Ana... dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya....

Kata Ana: Saya bukan orang yang dicari, Along. Ana yang Along kenal bukan Jo yang sepatutnya Along kenal.

Kata hati Along: Tanpa diduga dia mengenali seorang Jo di dalam Ana.

Siapa Ana? Dan siapa pula Jo di dalam hidup Along?


Novel : Sutera Kasih
Harga Asal : RM 15.00
Harga Jual : RM 10.00
Sinopsis:
 SUTERA KASIH Kata pujangga Hamka, cinta manusia melalui beberapa pintu. Ada pintu kasih, pintu sayang dan pintu rindu. Tetapi cinta yang paling abadi ialah cinta yang melewati pintu simpati. Benarkah?

Nurul Azwa menoktahkan zaman remajanya dengan memilih Faris sebagai suami. Dalam melayari gelombang kasih, dugaan datang melanda. Sejak disahkan kedua-dua buah pinggangnya tidak berfungsi dan tidak mampu memberikan zuriat, dia menarik diri. Jujur diakui, saat itu seakan lenyap semua harapan dan semangat. Namun, wanita cekal ini masih ada akal, ada perasaan dan juga iman.
Dia menerima hitam putih kehidupan ini sebagai ketentuan yang telah tersurat. Hidup mesti diteruskan!

Faris memulakan kehidupan barunya dengan Syima. Kuasa ALLAH... Syima mengetahui kisah penderitaan Azwa apabila terbaca diari suaminya. Atas dasar kemanusiaan dan simpati, Syima nekad, wanita berhati luhur itu perlu dibantu. Tetapi... mereka tidak pernah bertemu, jauh sekali mengenali hati budi masing-masing. Hanya yang dia tahu... andai cinta itu satu pengorbanan, dia juga perlu berkorban meskipun ada hati yang teruji, ada hati yang terluka.

Perjalanan hidup ketiga insan ini masih jauh, pelbagai kemelut terus menanti. Dalam sabar Azwa, adakala terasa bahang derita. Dalam bahagia Syima, ada bersilih duka. Dan dalam tenang Faris, sesekali kesal datang melanda. Pun begitu, mereka terus berjuang untuk menikmati kebahagiaan. Dan setelah sekian lama berdoa... terleraikah kekusutan, termakbulkah impian? Yang pasti... diari duka silam ini perlu dinoktah, derita ini perlu ada penyudah!



Novel : Kau Bukan Untukku
Harga Asal : RM 20.90
Harga Jual : RM 15.00
Sinopsis:
Tidak terlalu sakit rasanya bila cipta ini terpaksa dikuburkan hanya kerana tidak direstui, kasihku. Terlalu pedih hatiku tatkala diri harus akur pada janji yang telah dipateri... semata-mata kerana kita tidak berdaya.
Mencintakanmu membuatkan aku terasa sempurna dan terlalu bahagia.

Cintamu terlalu indah mengisi hatiku ini. Ia... terlalu manis saat bersamamu. Namun ia hanya sebentar cuma.
Datang dan pergi... tanpa aku relakan... Hakikatnya kita tidak tercipta untuk bersama. Takdir menemukan

tetapi jodoh telah memisahkan cinta kasih kita... Biarlah kasih... biarlah ia tidak berkembang kerana aku tahu,
kau tercipta bukan untukku.......


Novel : Hati Seorang Wanita
Harga Asal : RM 19.90
Harga Jual : RM 15.00
Sinopsis:

Dia dilahirkan diluar kemahuan ayah dan ibunya. Namun, dia pasrah dengan ketetapan ILAHI walau dendam terus menghuni di hati. Perkahwinan yang diatur kiranya tidak menjanjikan apa-apa. Bagi dia, suami milik isteri yang abadi. Mesti dikasihi sepenuh hati. Rupa-rupanya tidak ada apa yang dapat dipegang pada janji manis seorang lelaki.

Sekian lama mencari di mana harga diri, di mana kesilapa diri, dia bangun semula bersama tekad di hati. Meski disingkir, meski diuji, namun jiwanya tak pernah mati. Bahagia mesti dicari, peristiwa pahit mesti dilupai kerana hati wanitanya percaya, esok masih ada cahaya, masih ada sinar bahagia 

  


Novel : Inikah Cinta
Harga Asal : RM 18.00
Harga Jual : RM 12.00
Sinopsis:

CINTA menjadikan manusia lebih kuat tetapi cinta juga adakalanya menjadikan manusia sentiasa kehausan, kesakitan dan ingin berlari jauh. Novel ini mengisahkan rentetan cinta pertama yang penuh sejarah. Apabila anda mula mendekati cinta, mula berjinak-jinak dengan cinta, mula merasakan nikmatnya cinta, awasilah langkah kerana ia datang bersama sendu, pilu, rindu, sayang dan adakalanya air mata dan kemurungan. Dimen dengan pendiriannya yang tipikal, warak serta tuntas terpaksa beralah pada kewujudan kali kedua Derra Mandy. Wanita kelahiran Isle of Wight ini telah mencuri hati Dimen 10 tahun dahulu tetapi kedua-duanya terpisah kerana Derra Mandy meninggal dunia. Jadi, siapakah yang tinggal di Isle Castle dengan menggunakan nama Derra Mandy dan cuba mencuri rasa cinta Dimen? Bolehkah kedua-duanya bersatu sedangkan pada waktu itu Dimen telah memperisterikan Liza? Dalam masa yang sama Dimen juga diburu bekas kekasihnya bernama Rohanita dan juga seorang wanita yang telah bersuami dan beranak lima, Norlila. Kisah ini akan membawa anda mengembara jauh hingga ke London dan Amerika Syarikat serta mengenali titik bengik penglibatan orang Melayu dalam industri permotoran. Ia dramatik, romantik dan tragis, berselang-seli antara cinta, bisnes dan pengembaraan. Cinta adalah simbol ledakan emosi manusia untuk dikasihi dan mengasihi.



Novel : Sepi Tanpa Cinta
Harga Asal : RM 18.00
Harga Jual : RM 12.00
Sinopsis:
HAZIQAH mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas! Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali! Bagi Fakrul, cintanya bukan untuk Haziqah tapi masih untuk Azura. Gadis pertama yang dicintainya... tetapi kecurangan Azura menambahkan kebenciannya kepada Haziqah. Dia benci pada perempuan yang tidak setia. Namun, pertemuan kedua antara Fakrul dan Haziqah membuatkan dia mula yakin bahawa Haziqah adalah miliknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz... sepupunya. Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali! Baginya, kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali...


Novel : Dalam Dakapan Kasihmu
Harga Asal : RM 19.90
Harga Jual : RM 15.00
Sinopsis:
Surindah tidak mampu melawan takdir yang ditentukan untuknya. Hidupnya bertemankan penderitaan. Ibu pergi tatkala ayah hilang tanpa pamit. Susah payah diharungi bersandarkan harapan dan kasih sayang adik-adik. Jodoh datang tanpa diduga... namun dia reda menerimanya. Ditinggalkan desa kelahiran yang penuh kenangan hitam untuk mencorakkan kasih seindah pelangi. Setelah cinta dan bahagia menjadi miliknya, ia diragut pergi oleh manusia yang mementingkan harta dan darjat. Ditinggalkan suami setelah menyedari diri hanya pipit yang tidak mungkin mampu terbang bersama.

1 ulasan:

  1. assalamu alaikum....
    telah berkunjung apa salahnya menyapa
    salam kenal dari indonesia :http://penelitianilmiahterbaru.blogspot.com/

    BalasPadam